Kesahan Malapetaka Stadium Kanjuruhan

Kewajaran gas pemedih mata

Kain rentang bantahan penggunaan gas air mata di Malang selepas kejadian.

Pelbagai pihak mempertikai penggunaan gas pemedih mata dalam menanangi rusuhan tersebut; berdasarkan peraturan keselamatan FIFA, gas pemedih mata adalah dilarang daripada digunakan dalam kawalan perlawanan dan penyokong (sungguhpun tidak terpakai dalam perlawanan-perlawanan yang tidak diuruskan FIFA secara terus):[37]

19(b). Tiada senjata api atau "gas kawalan khayalak" patut dibawa atau digunakan.

Wakil badan hak asasi sedunia, Amnesty International mempertikai penggunaannya, dan menyeru agar siasatan dibuat.[38] Badan hak asasi manusia kebangsaan, Komisi Nasional Hak Asasi Manusia bercadang untuk menyiasat penggunaan gas pemedih mata oleh polis,[39] dan masalah ini turut dikecam oleh wakil politik yang menuntut tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit.[40][41] Sementara itu, pihak Polri tempatan mempertahankan penggunaannya, dengan mengambil kira ancaman perusuh, tetapi berhasrat untuk menilai semula penggunaan gas pemedih mata.[42]